Brownie Base:-
250g butter
11/2 cup Flour – sifted wth SB& BP (1 tsp each)
1 cup cocoa powder - sifted
1/2 cup susu cair
11/2 cup castor sugar
A pinch of fine salt
1tsp vanilla essence – kite masukkan dlm telur
3 grade B eggs
For cheese topping:
250 krim cheese
1 cup gula kaster
1tsp Lemon juice (optional)
1 grade b egg
Method:
Cairkan butter, masukkan gula, telur 1 per 1, susu cair & tepung. Kacau hingga sebati.
Tuang ke dlm Loyang yg telah digris or dialas dgn baking paper. Bakar hingga 20 minit.
Keluarkan Loyang kemudian tuang adunan cheese diatas kemudian lebihan brownies td buatla corak
seperti yg dimahukan..nak lorek2 ker..celoreng ker..spiderweb ker..ikut kepakaran anda
Bakar lagik selama 10-15minit sehingga cheese masak



ikan bilis+kacang digoreng garing dan ketepikan,cili kering+bawang putih+bwgmerah+asam jawa=blend halus, tumis hingga garing dan masukkan gula,sedikit madu dan garam.. setelah be...tul2 jd seperti paste br gaul dgn ikan bilis n kacang tanah..sy guna gula agak byk.. jd ianya akan melekat elok..
mesti pastikan ikan bilis digoreng betul2 kering n garing, begitu juga sambal mesti ditumis betul2 kering n tiada air lg.. br tahan lama..
Sesetengah anda memiliki saiz badan yang sedang-sedang saja. Tapi, ada satu masalah yang timbul. Iaitu pada bahagian dagu. Dagu berlapis. Bila tengok cermin, rasa macam dah gemuk pun ada. Padahal indeks jisim tubuh anda berada pada julat yang normal.

Baiklah, bagi mengatasi dagu berlapis ataupun lemak di bawah dagu, anda perlu;

1. Melakukan senaman secara rutin

2. Mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang

3. Elakkan diet yang melampau

Justeru itu, senaman yang boleh anda amalkan;

1. Kunyah gula-gula getah

Cara ini baik untuk otot rahang dan dagu anda.

2. Percikan air

~ Letakkan beberapa ketul ais dalam segelas air.
~ Percikkan air sejuk tadi ke kawasan bawah dagu dan leher anda.
~ Ulangi cara ini sebanyak 15 kali.

3. Menjulurkan lidah

~ Pertama sekali, buka mulut dan keluarkan lidah anda.
~ Cuba sentuh hidung anda dengan lidah (kalau boleh arr). =)
~ Ataupun cukup sekadar keluarkan lidah anda sejauh yang termampu.
~ Ulangi cara ini sebanyak 30 kali tau.

4. Tepukan @ tamparan ehh… bertepuk tampar la plak

~ Letakkan sedikit krim sejuk bawah dagu anda.
~ Pukul @ tampar secara perlahan bahagian bawah leher anda.
Mulakan dari bahagian bawah leher dan berakhir pada bawah dagu.
~ Lakukan tepukan @ tamparan yang lembut tapi dalam gerakan yang cepat.
~ Ulangi kaedah ini hingga 40 kali.

5. Mendongak

~ Dongak muka anda ke atas sambil membuka mulut seolah-olah seperti hendak menggigit sesuatu.
~ Lakukan cara ini antara 10 ke 15 kali sehari.

Selamat Mempraktikkannya!

p.s: Petua berkaitan dagu berlapis ni belum habis lagi. Ada sambungannya tau….


Perah sebiji kelapa bersama segelas air dan campurkan air limau nipis. Simpan di dalam peti sejuk hingga bahagian atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini untuk menyapu kulit kepala serta seluruh rambut. Balut rambut dengan tuala panas selama satu jam. Bilas hingga bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Selamat mencuba.

1. Biarkan anak berhenti menghisap puting sendiri.

2. Berikan contoh adik beradik yang lebih tua yang tidak menghisap puting. Atau sekiranya anak dijaga oleh pengasuh, tunjukkan padanya kanak-kanak lain yang tidak lagi menggunakan puting.

3. Berikan dia banyak aktiviti lain supaya dia tidak lagi memikirkan tentang puting. Contohnya, berikan dia banyak barang permainan baru.

4. Berikan peraturan kepada anak, dengan menetapkan puting cuma boleh digunakan ketika hendak tidur sahaja.

5. Berikan ganjaran sekiranya anak berjaya berhenti menghisap putting.